Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

15) PANEL DIALISIS SIHAT SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah Panel Dialisis Sihat Selangor yang dilantik mengikut daerah.

    Panel Dialisis Sihat Selangor telah dilancarkan pada 2015 dan jumlah panel yang telah di lantik pada tahun pertama penubuhannya adalah sebanyak 20 buah dimana jumlah pesakit dialisis di bawah Panel Dialisis Sihat Selangor adalah sebanyak 195 pesakit. Perincian mengikut daerah adalah seperti Jadual berikut :

    DAERAH BILANGAN PANEL JUMLAH PESAKIT
    Petaling 12 139
    Hulu Langat 3 11
    Klang 3 19
    Kuala Selangor 2 26
    JUMLAH 20 195

    Jadual : Bilangan Panel Dialisis mengikut daerah

    Pada tahun 2017, Kerajaan Negeri akan menambah sekurang-kurangnya 50 Panel Dialisis yang akan bekerjasama dalam melaksanakan Program Bantuan Kesihatan Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.