Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

24) PANEL DIALISIS SIHAT SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria bagi dilantik sebagai Panel Dialisis Sihat Selangor

    Untuk makluman Ahli – Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 9/2015 yang bersidang pada 4 Mac 2015 telah bersetuju untuk menjalankan kerjasama strategik dengan Pusat Dialisis swasta yang sedang beroperasi di Negeri Selangor untuk dijadikan sebagai Panel Dialisis Sihat Selangor.

     

    Objektif utama pelaksanaan Panel Dialisis Sihat Selangor adalah bagi membantu pesakit buah pinggang yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan dialisis secara berkala di pusat-pusat dialisis yang dilantik dan paling hampir dengan kediaman mereka.

    Antara syarat-syarat lantikan Panel Dialisis Sihat Selangor adalah seperti berikut:-

    • Pusat Dialisis mestilah berada di dalam Negeri Selangor;
    • Lesen operasi yang masih sah (tidak tamat tempoh) dan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia;
    • Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tempat kosong;
    • Mempunyai kawasan yang bersih, kondusif dan selesa kepada pesakit yang menerima rawatan;
    • Mematuhi semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh KKM; dan
    • Pusat Dialisis    mestilah    berdaftar    dengan    Sistem               Pembayaran Elektronik Kerajaan Negeri Selangor (SPEK).

     

    Pada masa hadapan, Kerajaan Negeri bercadang untuk melantik lebih banyak lagi Pusat Dialisis swasta untuk menjadi Panel Dialisis Sihat Selangor. Walau bagaimanapun, ianya perlu mematuhi syarat-syarat dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.