Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

58) PANEL MENTOR USAHAWAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan semua model mentor usahawan contoh yang boleh di rujukan di kawasan DUN untuk mengatasi isu-isu yang timbul dalam pembikinan seorang usahawan hingga berjaya.

    Kerajaan Negeri sentiasa mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan Pejabat-Pejabat Ahli Dewan Negeri Selangor termasuklah juga Pejabat Penyelaras DUN. Dengan kerjasama dan hubungan yang baik itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan telah menganjurkan Bengkel Penilaian Permohonan Dana Usahawan Mikro Selangor di Hotel Grand Bluewave Shah Alam pada 10 Ogos 2015. Bengkel ini disertai oleh wakil-wakil daripada Pejabat Daerah / Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Ahli Dewan Negeri Selangor, Pejabat Penyelaras DUN dan juga pengurus dari setiap zon dan cawangan Hijrah Selangor. Bengkel ini mendedahkan peserta-peserta menilai kemampuan dan keupayaan sesuatu permohonan / perniagaan dan seterusnya membolehkan peserta mencadangkan bentuk bantuan yang wajar diberikan kepada pemohon di dalam meningkatkan daya tahan, daya saing dan daya maju pemohon. Ini bermaksud, secara tidak langsung, terdapat sekurang-kurangnya seorang yang berkelayakan yang mampu memberi nasihat (mentor) keusahawanan di setiap Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), malahan

     

    Di samping itu juga, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan telah menubuhkan Sekretariat Usahawan Negeri Selangor yang terdiri daripada gabungan Unit Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kumpulan Perangsang Selangor, Hijrah Selangor, MAIS Zakat Sdn. Bhd. dan SIRIM Berhad. Sekretariat ini sedang melaksanakan “tour” mengelilingi semua PBT dan usahawan-usahawan di Negeri Selangor bolehlah mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubung perusahaan yang dijalankan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.