Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

56) PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN DI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat mengenai status terkini Panel Penasihat Klinik Kesihatan di Selangor memandangkan ramai calon belum mendapat surat pelantikan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah mendapat kelulusan dan persetujuan perlantikan Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) dari YBMK Kementerian Kesihatan Malaysia bagi sesi 2019 – 2020 untuk 68 Klinik

    Bagi sesi ini jumlah keseluruhan ahli PPKK ada seramai 849 orang yang terdiri daripada:

    • ahli komuniti – 692 orang
    • ahli exco – 157

     

    Berdasarkan pecahan kaum ahli PPKK, kaum melayu seramai 712 orang (83.9%), kaum Cina seramai 67 orang (6.7%), kaum India 77 orang (9.6%) dan kaum lain-lain 3 orang (0.3 %).

    Surat Lantikan dan Sijil Lantikan sebagai Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Negeri Selangor telah telah pun disampaikan/ diberikan kepada semua Panel Penasihat Klinik Kesihatan yang dilantik melalui Pejabat Kesihatan Daerah. Satu mesyuarat Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Selangor Bil. 1/2019 telah diadakan pada 21 Jun 2019 bertempat di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Pengarah Kesihatan Negeri Selangor.

    Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga dalam proses untuk menyiapkan Kad Ahli PPKK bagi sesi 2019-2020.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.