Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

122) PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah garis panduan dan pencapaian Program menceriakan Pangsapuri kos rendah?

    Secara umum, Skim CERIA (Cairng Government For Residents’ Improvement Aid) merupakan bantuan baik pulih pangsapuri berkonsepkan perkongsian kos baik pulih di antara Kerajaan Negeri penduduk, khusus untuk pangsapuri kos rendah dan kos sederhana rendah. Tawaran baik pulih ini dihadkan untuk satu (1) jenis kerosakan harta bersama dengan kos tidak melebihi RM300 ribu. Sehingga 22 Jun 2012, sebanyak 69 pangsapuri (LAMPIRAN A) telah dipilih menyertai Skim CERIA. Sebanyak 26 kawasan telah siap dibaikpulih manakala 25 kawasan masih dalam proses kerja baik pulih. Garis panduan Skim CERIA yang terperinci adalah seperti di LAMPIRAN B.