PANGSAPURI KOS RENDAH
30) PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan dalam mengenal pasti pemilik menepati syarat menduduki pangsapuri kos rendah?
Syarat-syarat permohonan memiliki rumah kos rendah di Negeri Selangor adalah :-
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan bersama (suami/isteri) bakal pembeli tidak melebihi RM2,500.00
- Bakal pembeli (suami/isteri ) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Negeri Selangor
Kerajaan Negeri telah menetapkan perkara-perkara berikut dalam memastikan setiap pemilik menepati syarat menduduki rumah kos rendah iaitu :-
- Pemaju diwajibkan mendaftar projek perumahan kos rendah di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). setiap pemaju yang membangunkan rumah kos rendah hendaklah menggunakan 100% nama-nama pemohon yang berdaftar di
- Nama-nama pembeli akan dikenal pasti melalui Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah (SPPR) dan disaring dalam Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Rumah Kos Rendah Negeri
- Nama-nama pembeli kemudiannya akan diperakukan oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum diserahkan kepada pemaju untuk proses penawaran rumah. surat tawaran akan dikeluarkan kepada nama-nama pembeli yang telah disenaraikan pendekkan oleh LPHS
- Nama-nama pemilik rumah kos rendah bagi sesebuah projek akan disemak semula semasa pemaju mengemukakan permohonan pindah milik secara “Blanket Consent” kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sekiranya terdapat nama-nama pembeli yang tidak didaftarkan dengan LPHS maka pemaju akan dikenakan penalti sebanyak RM500.00 bagi setiap nama pembeli yang ditawarkan.
