Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

144) PANGSAPURI PERKHIDMATAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar pembinaan pangsapuri perkhidmatan di Selangor?

    1. Bagi mempelbagaikan jenis kediaman mampu milik di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah memperkanlkan Dasar Pembangunan Pangsapuri Kediaman Komersial [Service Apartment / Small Office Home Office(SOHO)] dan Boutique Office [„Small Office Versatile Office’ (SOVO) / ‘Small Offife Flexible Office’ (SOFO)] Mampu Milik. Dasar keperluan penyediaan Service Apartment / SOHO / SOVO / SOFO Mampu Milik ini dibuat setelah mengambilkira faktor-faktor seperti berikut:

     

    1. Pemaju memilih untuk membangunkan kediaman komersial seperti

    Service Apartment’ ataupun SOHO bagi mengelakkan pembangunan keseluruhan terikat dengan keperluan penyediaan perumahan mampu milik (Dasar Rumah Selangorku). Oleh yang demikian, dengan adanya dasar ini akan dapat mengekang pemaju daripada mengelak meyediakan kediaman mampu milik.

    • Tren semasa juga menunjukkan ‘Service Apartment’ / SOHO atau ‘Boutique Office’ (SOVO/SOFO) dibangunkan di sepanjang jalan, di pusat- pusat bandar, kawasan ‘Transit Oriented Development’ (TOD) dan kawasan yang mempunyai jaringan pengangkutan yang mudah yang mana kawasan-kawasan ini sepatutnya perlu turut dibangunkan dengan kediaman mampu milik.
    • Keperluan untuk menyediakan ruang-ruang peniagaan / komersial kepada golongan usahawan muda (‘young entrepreneurs’) termasuk yang baru menceburi bidang perniagaan yang tidak memerlukan ruang pejabat yang besar.
    • Dasar tersebut telah menetapkan keperluan penyediaan Service Apartment / SOHO / SOVO / SOFO Mampu Milik adalah di antara 10% (bawah 500 unit) sehingga 20% (1,001 unit ke atas) daripada keseluruhan bilangan unit pembangunan Service Apartment / SOHO / SOVO / SOFO yang dibangunkan yang mana harga jualannya ditetapkan pada RM250,000 seunit bagi Service Apartment Mampu Milik (luas binaan 550 kaki persegi) dan RM230,000 bagi SOHO / SOVO / SOFO Mampu Milik (luas binaan 450 kaki persegi). Penetapan harga jualan tidak melebihi RM250,000.00 seunit adalah selaras dengan Dasar Rumah Selangorku yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri.

    Dasar ini juga telah dikuatkuasakan bermula 1 September 2016 ke atas kesemua cadangan pembangunan Pangsapuri Kediaman Komersial dan Boutique Office baharu yang dikemukakan oleh pemaju semasa peringkat Kebenaran Merancang  di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Bagi mereka yang berhasrat untuk memiliki hartanah mampu milik ini perlu berdaftar dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan

Lampiran

Tiada Lampiran.