Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

112) PAPAN-PAPAN IKLAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sudahkah Kerajaan Negeri / EXCO mencapai keputusan mengenai polisi / arahan / garis-garis panduan bagi industri papan iklan? Jika ya, sila beri butirbutir keputusan. Jika tidak, sila beri sebab-sebab mengapa keputusan belum dicapai.

    Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menguatkuasakan satu Pekeliling Bilangan 2 Tahun 2009 berhubung Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar bagi membolehkan pemasangan papan iklan luar dalam kawasan PBT di Semenanjung Malaysia dikawal secara seragam. Bagi Kerajaan Negeri sendiri telah menguatkuasakan satu Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) PBT : SPBT Bil.3/2009 pada 31 Mac 2009. Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan Negeri mengenai Garis Panduan Papan Iklan Luaran di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor khususnya. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 8/2009 yang bersidang pada 4 Mac 2009 telah meluluskan Dasar dan Garis Panduan Pembinaan Papan Iklan (Billboard) di PBT Selangor. Dasar tersebut menyentuh perkaraperkara berhubung isu Lesen Menduduki Sementara (TOL) papan iklan di tanah rizab Kerajaan Negeri, kelulusan Kebenaran Merancang Majlis, kelulusan Permit Struktur dan kadar sewaan tapak daripada Majlis. Ini termasuk aspek-aspek teknikal struktur, kesesuaian lokasi dan kandungan paparan iklan yang dibenarkan dan dijelaskan secara terperinci.

Lampiran

Tiada Lampiran.