Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

96) PAPAN-PAPAN IKLAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kedudukan atau status terkini berkenaan kemajuan garis panduan baru papanpapan iklan?

    Garis panduan baru papan –papan iklan luaran telah diluluskan pada 4 Mac 2009 dan
    berkuat kuasa pada 31 Mac 2009 melalui Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri
    Selangor Darul Ehsan( PBT: SPBT BIL. 3/2009) . Semua PBT telah dimaklumkan
    melalui surat Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (UPEN) bertarikh 7 April 2009 dan
    diminta mematuhi semua ketetapan yang terkandung dalam garis panduan yang
    merangkumi aspek –aspek berikut:
    1) Penentuan lokasi;
    2) Saiz dan anjakan;
    3) Reka bentuk paparan;
    4) Visual pengiklanan;
    5) Kelulusan Kebenaran Merancang;
    6) Senarai semak permohonan;
    7) Kelulusan Struktur Bangunan;
    8) Bayaran deposit kepada Majlis;
    9) Kelulusan Lesen Iklan; dan
    10) Kadar bayaran sewaan tapak Majlis.

Lampiran

Tiada Lampiran.