Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

26) PAPAN TANDA KAMPUNGKU KESAYANGANKU

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa kah bilangan papan tanda yang telah di bina seluruh Selangor dan berapakah bajet yang di belanjakan ?

    Kerajaan Negeri berhasrat untuk melaksanakan program bagi melestarikan identiti kampung-kampung tradisi di Negeri Selangor. Perkara ini telah dicadangkan kerana pada masa kini tiada sebarang mercu tanda yang melambangkan identiti kampung-kampung tradisi di Negeri Selangor. Manakala bagi kampung baru di Negeri Selangor, terdapat pintu gerbang yang menjadi mercu tanda setiap kampung baru di Negeri Selangor.

    Pelbagai program telah dicadangkan untuk diadakan bagi melestarikan identiti kampung tradisi antaranya ialah pembinaan papan tanda yang seragam bagi semua kampung tradisi di Negeri Selangor. Pembinaan papan tanda ini telah diluluskan untuk dibina di semua 368 kampung tradisi di Negeri Selangor yang melibatkan kos sebanyak RM1,840,000.00.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.