Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

14) PARAS AIR EMPANGAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Paras air Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu menurun ketara sehingga menimbul kebimbangan rakyat. Apakah paras empangan air tersebut sekarang dan paras normalnya termasuk empangan-empangan air lain?

    Empangan Sungai Selangor adalah sebuah empangan kawalan (regulating dam) yang mampu menampung kapasiti air sebanyak 235 juta meter padu dengan ketinggian air maksima 220 meter. Jumlah kapasiti kritikal Empangan Sungai Selangor adalah pada tahap 30% iaitu sebanyak 69 juta meter padu pada ketinggian air 63 meter. Empangan ini membekalkan air untuk dirawat di tiga

    (3) loji pembersihan air (LPA) utama iaitu; LPA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), LPA Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan LPA Bukit Badong (SSP3). LPA Rasa dan LPA Rantau Panjang juga menerima bekalan air untuk dirawat dari empangan ini. Empangan Sungai Selangor menyumbangkan 60% bekalan air ke sekitar Lembah Klang. Sehingga 9 November 2012, kapasiti Empangan Sungai Selangor telah meningkat kepada tahap 63.78% iaitu sebanyak 146.70 juta meter padu dengan ketinggian paras air pada 205.37 meter.

     

    Peningkatan ini adalah berbanding dengan kapasiti pada 11 Oktober 2012 di tahap 52.02% iaitu sebanyak 119.65 juta meter padu pada ketinggian air 199.3 meter. Penyusutan pada ketika itu adalah keadaan operasi dan paras biasa empangan pada musim kering (Monsun Barat Daya) iaitu pada bulan Mei sehingga September, di mana jumlah pelepasan air di empangan adalah tinggi daripada biasa untuk memenuhi permintaan LPA. Kawasan tadahan empangan akan mula menerima kadar hujan yang tinggi bermula dari bulan November sehingga Mac di mana perubahan Monsun Barat Daya kepada Monsun Timur Laut akan berlaku. Kapasiti empangan akan kembali penuh (100%) pada bulan April 2013.

     

     

     

    Paras air bagi tujuh (7) empangan di Negeri Selangor sehingga 9 November 2012 adalah seperti berikut :

     

    Empangan Paras pada 9

    November 2012

    Paras Maksima
    Empangan Sungai Selangor 205.37m 22000m
    Empangan

    Sungai Tinggi

    56.56m 59.50m
    Empangan

    Sungai Langat

    221.09m 220.96m
    Empangan Klang

    Gates

    95.61m 95.22m
    Empangan Tasik

    Subang

    38.70m 38.56m
    Empangan Batu 104.18m 102.70m
    Empangan

    Semenyih

    111.07m 111.00m

Lampiran

Tiada Lampiran.