Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

375) PARAS EMPANGAN AIR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik paras air di semua empangan air Negeri Selangor dari Januari 2013 hingga November 2014?

    Secara amnya, berdasarkan analisis tren paras air empangan di Negeri Selangor adalah didapati semua empangan akan berada pada kapasiti 80% pada setiap awal tahun dan mencapai kapasiti maksimum 100% pada bulan April berikutan peningkatan kadar hujan semasa Monsun Peralihan. Pada bulan Mei hingga September iaitu Monsun Barat Daya, pengurangan kadar hujan di kawasan tadahan akan menyebabkan peningkatan pelepasan air empangan bagi tujuan bekalan air dan paras air empangan akan menurun. Walau bagaimanapun semasa Monsun Peralihan dan Monsun Timur Laut (November hingga Mac) jumlah kadar taburan hujan adalah tinggi dan seterusnya meningkatkan kembali paras air empangan. Perincian data paras air bagi semua empangan iaitu Empangan Sungai Selangor, Empangan Sungai Tinggi, Empangan Klang Gates, Empangan Batu, Empangan Sungai Langat, Empangan Tasik Subang dan Empangan Semenyih dari Januari 2013 hingga November 2014 adalah seperti di LAMPIRAN C.

Lampiran

Tiada Lampiran.