PARIT DAN SALIRAN LUAR BANDAR
59) PARIT DAN SALIRAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Agensi manakah di peringkat kerajaan negeri yang bertanggungjawab menyelenggarakan kemudahan infra parit dan saliran luar bandar?
Di peringkat Kerajaan Negeri, agensi yang bertanggungjawab bagi menyelenggara kemudahan infra parit dan saliran luar Bandar adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor. Sejumlah RM5.5juta diterima dari peruntukan Mengurus Negeri untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan parit yang mana ianya dilaksanakan oleh Jawatankuasa Ketua Kampung (JKK) di atas lantikan Kerajaan Negeri. Kerja-kerja pembersihan termasuk tebasan parit dilaksanakan secara berkala iaitu 4 kali setahun bagi kawasan pengairan dan 3 kali setahun bagi kawasan saliran. Namun begitu, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor turut menyediakan pelbagai kemudahan penyelenggaraan bukan struktur seperti menjalankan kerja-kerja pengorekan parit di kiri dan kanan di mana kerja- kerja tersebut dijalankan secara
