Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

108) PARIT JEPUN (PARIT GUNASAMA)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah penyelesaian pejabat tanah terhadap parit jepun?

    Pejabat Daerah/Tanah Petaling maklum mengenai masalah parit jepun yang terdapat di kawasan ADUN Paya Jaras berdasarkan aduan yang diterima oleh Pentadbiran ini daripada penduduk setempat. Aduan yang diterima adalah mengenai kelemahan sistem perparitan yang tidak dapat menampung takungan air setiap kali hujan lebat yang melanda di kawasan ini sehingga mengakibatkan banjir. Justeru itu, hasil dari siasatan tapak yang dijalankan, permasalahan parit jepun ini sewajarnya dimajukan untuk diselesaikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang dilihat mempunyai kepakaran mengenai sistem saliran dan kejuruteraan air. Selain itu juga, bagi menangani masalah ini, kos yang dianggarkan adalah tinggi manakala pentadbiran ini hanya bertanggungjawab dalam melaksanakan projek-projek kecil dalam lingkungan daerah sahaja. Pentadbiran ini berpandangan kajian terperinci mengenai sistem saliran di kawasan ini perlu dijalankan oleh JPS terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan dapat dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.