Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

234) PARKING SMART SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah impak kepada hasil PBT setelah aplikasi pintar Smart Selangor Parking diperkenalkan?

    Sehingga hari ini, pengguna aplikasi Smart Selangor Parking berdaftar adalah seramai 348,859 pengguna dengan bilangan transaksi berjumlah 1,045,622. Ia menunjukkan petanda jelas bahawa  rakyat Selangor menerima dan memberi sokongan padu untuk bersama-sama menuju ke arah agenda Smart State menjelang tahun 2025. Berdasarkan maklum balas daripada beberapa PBT yang telah pun mengguna pakai aplikasi pintar Smart Selangor Parking (SSP), di dapati terdapat peningkatan pengguna dan secara tidak langsung juga telah meningkatkan hasil PBT.  Selain daripada itu juga, berlakunya penjimatan penggunaan kupon secara manual.

Lampiran

Tiada Lampiran.