Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

151) PARKIR KENDERAAN BERAT DI KAWASAN TAMAN PERUMAHAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan diambil dan kuasa diberikan untuk kenderaan berat yang Parkir dalam kawasan perumahan?

    Tindakan yang akan diambil adalah dengan mengeluarkan kompaun di bawah Undang- undang Kecil (UUK 7), Undang-Undang Kecil Taman PBT 2005 yang melarang kenderaan melebihi dua tan masuk ke mana-mana taman tanpa kebenaran bertulis daripada Yang Dipertua. Mana-mana pegawai Majlis yang diberi kuasa boleh mengalihkan mana-mana kenderaan bermotor yang melanggar peruntukan perenggan (1) dan menahan motor itu di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai oleh Yang Dipertua. Selain itu, operasi bersepadu dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilaksanakan termasuk menyenaraihitamkan kenderaan berat tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.