Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

66) PASAR BARU TAMAN SRI MUDA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berikan status terkini pembinaan pasar baru di Taman Sri Muda ?

    Majlis Kerajaan Negeri Ke 5/2012 pada 8 Februari 2012 telah bersetuju agar pihak PTG Selangor mengambil tindakan untuk menyegerakan pewartaan tanah tersebut supaya MBSA dapat menyediakan perancangan pembangunan bagi tanah yang dimaksudkan dan seterusnya ditender berdasarkan kepada Gross Development Value (GDV). Peniaga dibenarkan beroperasi di tapak sedia ada sehingga bangunan pasar baru siap dibina.

    Tanah tersebut telah diwartakan bagi tujuan Kawasan Tempat Letak Kereta (TLK) di atas lot 32974, Taman Sri Muda, Seksyen 25, Mukim Klang, Daerah Klang pada 23 Julai 2012.

    Perbincangan dengan pemilik tanah yang baru iaitu AEH Development Sdn. Bhd. telah diadakan bagi membenarkan peniaga beroperasi di tanah milik mereka sehingga pembangunan siap memandangkan peniaga telah menduduki tanah milik mereka dan sebahagian tanah tapak kawasan tempat letak kenderaan tersebut.  Pemilik telah bersetuju memberi tempoh terakhir sehingga penghujung tahun 2012 sahaja.

    Pada masa ini pihak Majlis telah pun menyediakan terma rujukan (TOR) dan Pelan Bangunan Pasar Baru Taman Sri Muda.  Pasar baru ini mengandungi :

    • 69 unit gerai di tingkat bawah sebagai ruang pasar basah (wet market) yang menjual bahan-bahan segar seperti ikan, ayam, daging dan sayursayuran.
    • 67 unit gerai di tingkat 1 sebagai ruang pasar kering (dry market) yang menjual barang-barang kering seperti bawang, telur dan lain-lain.
    • 24 unit gerai makan di tingkat 2 iv) 3 tingkat Tempat Letak Kereta (TLK).

Lampiran

Tiada Lampiran.