Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

155) PASAR BESAR KLANG

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah tegas yang akan diambil oleh pihak MPK bagi mengatasi masalah peniaga asing yang berniaga dikaki lima seawal jam 5:00 pagi di Pasar Besar Klang, memandangkan mereka masih berniaga dengan bebas seolah-olah penguatkuasa MPK tidak wujud dan tidak berkesan dalam tindakan mereka?

    Isu warga asing adalah di bawah kuasa Imigresen dan Peniaga Tempatan melindungi pekerja asing ini.  Pihak MPK bersama pihak Imigresen sentiasa meneruskan pemantauan dan operasi.  Pada masa sama operasi yang diadakan juga kerap kali merampas/menyita barang-barang perniagaan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.