Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

237) PASAR BESAR KLANG JALAN MERU

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status baikpulih dan naik taraf pasar tersebut?

    Untuk menaiktaraf keseluruhan pasar, memerlukan kos yang tinggi terutama bagi penggantian biofilter, pendawaian semula dan sistem Sehingga ini, Majlis hanya membuat pembaikan secara berperingkat bagi memastikan operasi pasar tidak terganggu. Pada 20/10/2014, Majlis telah mengemukakan permohonan peruntukan kepada Kerajaan Negeri berhubung penggantian sistem kumbahan ’biofilter’ yang telah tidak berfungsi dan memerlukan penggantian segera, namun tiada maklumbalas diterima. Jumlah peruntukan yang dipohon kepada Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM 2.5 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.