Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

153) PASAR BESAR KLANG

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah punca kelemahan pengurusan dalam menangani peniaga warga asing, keseragaman kutipan sewa tapak dan penyelenggaraan bangunan

    Punca kelemahan pengurusan dalam menangani peniaga warga asing adalah kurangnya penglibatan daripada agensi-agensi berkaitan seperti Imigresen dan pemilik sendiri menggaji warga asing yang juga menjadi peniaga pada masa yang sama.

    Untuk kutipan sewa tapak di Kompleks Pasar Besar , kutipan dibuat setiap hari oleh Pegawai yang bertugas.

    Penyelenggaraan bangunan –Kompleks Pasar Besar, Jabatan Kejuruteraan hendaklah mewujudkan satu pasukan khas bagi memantau kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan di Kompleks.

Lampiran

Tiada Lampiran.