PASAR BORONG SELANGOR

58) PASAR BORONG SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pendapatan yang telah diterima oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor PKPS sejak menguruskan Pasar Borong Selangor ? Sila Berikan pecahan mengikut tahunan.

    LATAR BELAKANG

    Pasar Borong Selangor  terletak di Seri Kembangan dan telah dibangunkan di atas tanah seluas 50 ekar pada tahun 1999. Idea untuk mendirikan pasar tersebut dicetuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dimana ianya bertujuan untuk membantu golongan para petani dan nelayan memasarkan produk mereka terus kepada pengguna. Perniagaan yang dijalankan adalah tertumpu kepada barangan halal sahaja.

    Pasar Borong Selangor yang memiliki sebanyak 310 lot dan pecahan lot-lot perniagaan dalam pelbagai kategori adalah seperti berikut :-

     

    Kategori Bilangan Lot
    Ikan 85
    Sayur 103
    Daging 14
    Ayam 24
    Buah/Kering 74
    Kering (barangan runcit) 10
    Jumlah 310

    Peningkatan urusniaga di Pasar Borong Selangor dapat ditunjukkan melalui jumlah kenderaan yang memasuki Pasar Borong Selangor, di mana pada awal 2002 jumlah kenderaan yang dicatatkan adalah sebanyak 45,501 buah sebulan. Manakala purata jumlah kenderaan yang dicatatkan untuk separuh tahun pertama 2010 adalah sebanyak 60,556 buah sebulan.

    Jumlah pendapatan Pasar Borong Selangor sejak tahun 2001 hingga 2010 adalah seperti berikut:

    Tahun Pendapatan

    (RM juta)

    2001 3.66
    2002 4.95
    2003 4.40
    2004 4.15
    2005 4.03
    2006 4.44
    2007 4.75
    2008 4.53
    2009 4.83
    2010 (Jan – Sep) 3.75
    Jumlah 43.51

Lampiran

Tiada Lampiran.