Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

195) Pasar Jerami Parit 14 Simpang Lima

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kelulusan dan pelaksanaan penganjuran Pasar Jerami Parit 14 Simpang Lima?

    ‘Pasar Jerami’ Parit 14, Kampung Simpang Lima tidak mendapat kelulusan pembinaan. ‘Pasar Jerami’ tersebut didirikan di tebing terusan air (Main Canal) di bawah selenggaraan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA). Struktur binaan kekal pasar itu juga menggunakan kawasan bahu jalan yang agak tinggi aliran trafiknya.

    Kewujudan ‘Pasar Jerami’ dan lain-lain struktur binaan di sepanjang tebing terusan air (Main Canal) itu boleh menghalang kerja-kerja pengawasan dan penyelenggaraan terusan oleh agensi-agensi berwajib seperti JPS dan IADA, disebabkan struktur dibina didalam kawasan operasi agensi berkenaan. Kegiatan di ‘Pasar Jerami’ yang juga didirikan di bahu jalan yang merupakan tanah rizab jalan dibawah Jabatan Kerja Raya (JKR) itu turut mendedahkan orang ramai yang berkunjung ke situ kepada risiko kemalangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.