Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

76) PASAR MALAM

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah MPS dapat mengubah lokasi pasar malam di Kampung Melayu Sungai Buloh ke suatu tempat yang baru kerana kesesakan yang melampau?

    Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di dalam proses untuk mendapatkan kebenaran dengan Pejabat Daerah/Tanah bagi menggunakan tanah-tanah lapang/rizab-rizab untuk penempatan penjaja. Bagi isu itu juga, MPS masih mencari alternatif lokasi baru yang paling bersesuaian bagi menampung kesemua peniaga sedia ada bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

    ***Sumber: Majlis Perbandaran Selayang

     

Lampiran

Tiada Lampiran.