Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

4) PASAR PAGI DAN PASAR MALAM DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pasar pagi dan pasar malam di Negeri Selangor yang menghadapi masalah serius dan sering diadu oleh penduduk-penduduk?

    Setakat ini tiada Pasar Pagi dan Pasar Malam di Negeri Selangor yang menghadapi masalah serius sehingga tidak dapat di selesai secara baik oleh PBT. Majlis–majlis Daerah biasanya tidak menghadapi masalah serius dengan Pasar Pagi dan Pasar Malam. Ianya berbeza dengan Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran yang sering menerima aduan mengenai kehadiran peniaga asing, sampah sarap tidak dikutip, halangan masuk ke kawasan perumahan, kesesakan lalu lintas dan kutipan yuran oleh pengusaha Pasar Malam.

Lampiran

Tiada Lampiran.