Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

61) PASAR PAGI/PASAR MALAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Lokasi pasar pagi dan pasar malam sering mengakibatkan berbagai masalah seperti kesesakan lalu lintas, kekotoran dan sebagainya. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh PBT & PTD untuk mengatasi masalah ini?

    Bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, kekotoran dan sebagainya
    beberapa langkah-langkah telah diambil seperti berikut :
    i. Kontraktor Alam Flora akan membersihkan tapak pasar pasar setiap kali selepas
    perniagaan, mengadakan gotong-royong bersama peniaga-peniaga setiap bulan;
    ii. Semua peniaga dikehendaki menyediakan tong sampah. Sekiranya gagal
    mematuhi, tindakan kompaun akan dikenakan;
    iii. Peniaga-peniaga yang menghasilkan sampah berlebihan seperti peniaga kelapa
    dan tebu dikenakan caj tambahan kerana mereka menghasilkan sampah yang
    berlebihan berbanding peniaga-peniaga lain;
    iv. Bagi memastikan peniaga mematuhi syarat-syarat lesen, operasi kompaun dan
    kawalan dilakukan dari semasa ke semasa.

     

    Langkah-langkah yang diambil oleh PBT untuk mengatasi masalah ini :
    i) Aktiviti gotong-royong dilakukan bersama persatuan pasar pagi, peniaga – peniaga
    pasar pagi untuk melakukan pembersihan di setiap pasar pagi.
    ii) Kompuan dikeluarkan sekiranya peniaga telah melanggar Undang-Undang Kecil
    Penjaja MPAJ 1992 untuk pasar pagi dan pasar malam.
    iii) Laporan semakan oleh pengawas kawasan sebelum dan selepas pasar malam/
    pasar pagi dijalankan untuk memastikan penganjur / persatuan menjaga kebersihan
    lokasi yang menjadi tanggungjawab mereka. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan
    sekiranya didapati pembersihan tidak memuaskan.
    iv) Pihak penganjur diarahkan untuk meletakkan kon dan anggota Rela sebagai
    langkah untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas.

Lampiran

Tiada Lampiran.