Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

217) PASAR PAGI TAMAN MUDA, AMPANG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dalam siding lepas EXCO telah mengumumkan segala kerja-kerja pengurusan dan pembersihan pasar pagi perlu diuruskan oleh PBT masing-masing. Pada setakat ini Pasar Pagi Taman Muda masih diuruskan oleh pengurus swasta, apakah tindakan dari pihak EXCO?

    Pasar Pagi Taman Muda ini telah beroperasi sejak 20 tahun yang IaIu iaitu sebelum penubuhan MPAJ. Ianya telah diuruskan oleh pihak Persatuan Penjaja Pasar Pagi Taman Muda di mana persatuan ini telah didaftarkan dengan No. Pendaftaran Persatuan 4332/88 (Selangor) pada 24 Ogos 1988.

     

    Selama pasar pagi ini beroperasi dan diuruskan oleh pihak persatuan, tidak ada masalah yang timbul daripada hal berkaitan pentadbiran hinggalah kepada hal pengurusan.

    Pihak MPAJ hanya menerima beberapa aduan yang berkaitan dengan lalulintas sahaja. Walau bagaimanapun aduan tersebut dapat ditangani dengan penguatkuasaan dan pemantauan yang berterusan.

    Pihak MPAJ telah merangka satu Pelan Tindakan Pasar Pagi dan masih belum dilaksanakan kerana menunggu keputusan daripada Kerajaan Negeri yang sedang merangka Terma Rujukan (Term Of Reference).

     

    Lampiran 3 hingga 7 adalah rujukan penjaja Pasar Pagi Taman Muda.

Lampiran

Tiada Lampiran.