Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

50) PASAR RAYA BESAR DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah dasar dan kriteria yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk meluluskan permohonan lesen Pasar Raya Besar?

    Sebarang permohonan untuk membina pasaraya besar di negeri Selangor yang
    keluasan ruang lantainya melebihi 10,000kp akan dirujuk kepada Kementerian Hal
    Ehwal dan Perdagangan Dalam Negeri untuk kelulusan. Walau bagaimanapun bagi
    cadangan mewujudkan pasaraya besar di dalam kawasan PBT, keperluan di ambil kira
    semasa menimbangkan permohonan termasuklah :
    i. Kesesuaian lokasi tapak cadangan dengan mengambilkira zon gunatanah,
    pembangunan sekitar dan kesan lalulintas di kawasan tersebut.
    ii. Pandangan daripada pemilik tanah yang berjiran dengan tapak cadangan akan
    dirujuk sebagaimana keperluan di bawah Seksyen 21 (6), Akta Perancangan
    Bandar dan Desa 1976 berhubung hak mereka untuk membantah secara bertulis
    kepada PBT dalam tempoh 21 hari selepas notis disampaikan.
    Bagi pentadbiran kerajaan negeri, antara dasar dan kriteria yang digunakan untuk
    meluluskan permohonan lesen Pasar Raya Besar adalah pemohon perlu mendapat
    kelulusan kebenaran merancang, memperolehi Sijil Layak Menduduki Bangunan dan
    telah mematuhi syarat-syarat Pelesenan bagi menjalankan aktiviti Pasar Raya Besar di
    mana ia berada di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal
    Pengguna (KPDHEP).

Lampiran

Tiada Lampiran.