Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

174) PASAR TAMAN SRI MUDA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini pembinaan pasar baru di Taman Sri Muda, bilakah ia boleh dimasuki oleh peniaga

    Status terkini pembinaan pasar baru di Taman Sri Muda adalah seperti berikut:

    1. Proses tawaran tender dan pemilihan kontraktor telah dibuat di mana Tetuan Jujur Juta Sdn.Bhd. (JJSB) telah dipilih sebagai kontraktor bagi cadangan ini. Jujur Juta Sdn.Bhd. telah memulakan kerja – kerja di tapak pada 1 Oktober 2014 dan projek di jangka siap pada 31 Mac 2016 dengan harga tawaran berjumlah RM 27,940,526.49.

     

    1. Walau bagaimanapun kerja–kerja ditapak telah tertangguh disebabkan terdapatnya 24 peniaga sediada yang masih beroperasi di dalam kawasan tapak bina. Kerja–kerja pembinaan pasar ini hanya boleh diteruskan setelah peniaga-peniaga ini dipindahkan ke gerai sementara yang akan dibina oleh pihak

     

    1. Pihak Majlis telah mengemukakan permohonan peruntukkan kewangan berjumlah RM39,342,926.56 kepada pihak Pegawai Kewangan Negeri pada 13 Januari 2015 bagi kos membina serta kos–kos berkaitan dengan pembinaan ini seperti berikut:-

     

    Harga Tawaran Tender                             RM 27,940.526.49

    Harga Gerai Sementara                            RM      500,000.00

    Jumlah                                                      RM 28,440,526.49

    Kerja Tambahan (VO anggaran 20%)       RM 5,688,105.30 Jumlah harga pembinaan RM 34,128,631.79

    Bayaran Perunding (Anggaran 15%)         RM 5,119,294.77 Bayaran ‘Clerk Of Works’ (1 Orang) RM                                                                   95,000.00 Jumlah Peruntukkan Dimohon RM 39,342,926.56

    1. Di samping itu, pada 22 Januari 2015, pihak Jujur Juta Sdn. Bhd. (JJSB) telah mengemukakan sebutharga berjumlah RM 468, 583.23 kepada pihak Majlis untuk kos membina gerai sementara seperti yang direkabentuk oleh pihak perunding (Tetuan Che Wan Architect). Pada 9 Februari 2015, pihak Majlis telah mengadakan rundingan semula harga di mana spesifikasi rekabentuk gerai sementara tersebut telah dikaji semula dan dikurangkan bagi membolehkan harga yang lebih rendah diperolehi. Pihak kontraktor telah memberikan sebutharga kali kedua dengan jumlah sebanyak RM 297, 189.02 berdasarkan spesifikasi baru untuk gerai yang telah dikaji semula. Pihak Majlis dalam Mesyuarat Majlis Penuh Bil. 2/2015 bertarikh 27 Februari 2015 telah bersetuju dan meluluskan agar cadangan membina gerai sementara ini dijadikan sebagai kerja tambahan Variation Order (V.O.) kepada kontrak asal dengan jumlah keseluruhan RM 297,189.02 sahaja.

     

    1. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) ke 5/2015 pada 4 Februari 2015 dan telah disahkan oleh Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) ke 6/2015 pada 11 Februari 2015 telah memutuskan bahawa peruntukkan kos pembangunan berjumlah RM 27,940.526.49 sahaja diluluskan dalam bentuk pinjaman kepada pihak Majlis untuk membiayai pembangunan cadangan membina pasar tersebut. Jumlah perbezaan sebanyak RM11,402,400.07 perlu ditanggung oleh pihak Majlis bagi memastikan cadangan pembinaan pasar ini dapat diteruskan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) juga telah meminta pihak MBSA mengkaji semula pelan keseluruhan pembinaan cadangan ini dengan mengurangkan tingkat parkir kenderaan untuk penjimatan kos pembangunan keseluruhan pasar

     

    1. Pihak Majlis sedang dalam tindakan membuat pengesahan dan perakuan kerja–kerja tambahan (V.O.) tersebut oleh pihak perunding Jurukur Bahan dan akan membina gerai–gerai sementara di tapak bersebelahan cadangan pasar ini dalam masa terdekat Pihak Majlis juga sedang mengkaji semua rekabentuk cadangan asal dengan mengurangkan tingkat parkir kenderaan untuk penjimatan kos seperti yang dicadangkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.