Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

17) PASAR TAMAN SRI MUDA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini pembinaan pasar baru di Taman Sri Muda, bilakah ia boleh dimasuki oleh peniaga

    Pihak Majlis telah menyempurnakan serahan tapak pembinaan pasar ini kepada kontraktor pada 1 Oktober 2014. Status terkini di tapak pembinaan adalah pada tahap 96% siap. Tapak pembinaan telah dibersihkan serta pagar keselamatan dan papan tanda nama projek juga telah dinaikkan. Namun masih tiada tanda- tanda kontraktor yang dilantik akan memulakan kerja penanaman cerucuk dalam masa terdekat ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.