Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

120) PASAR TANI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Antara industri yang patut dikembangkan kini ialah pertanian. Ruang dan peluang bagi mempromosikan hasil pertanian dan produk berasaskan tani perlu disediakan bagi mempopularkan bidang ini. Apakah usaha-usaha yang dilakukan setakat ini bagi mengembang luaskan industri pertanian di Negeri Selangor?

    Antara usaha yang dilakukan bagi mengembang luaskan industri pertanian di Negeri
    Selangor adalah seperti yang tersenarai:
    a. Usaha meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian. Sektor
    pertanian perlu didorong oleh peningkatan produktiviti melalui penggunaan
    teknologi berkesan secara intensif, petani berpengetahuan dalam amalan
    pertanian baik serta pembangunan industri berasaskan pertanian.
    b. Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain dimana pertalian dalam dan
    antara sektor ekonomi lain yang merangkumi pembangunan dan perluasan
    industri sokongan dan perantaraan.
    c. Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian.Sumber
    pertumbuhan yang baru adalan penting seperti industri asas tani yang dapat
    memberi nilai tambah kepada produk pertanian negeri Selangor.
    d. Memulihara dan menggunakan sumber asli secara mampan. Pemeliharaan dan
    penggunaan sumber asli yang berkesan dan mapan dapat memastikan industri
    pertanian Selangor dapat berkekalan dan menjamin ekonomi dan jaminan
    keselamatan negara.
    e. Bantuan dibawah dasar jaminan bekalan makanan Negara dimana insentifinsentif tertentu disediakan untuk memastikan industri pertanian dapat terus
    berdaya saing.
    f. Bantuan insentif teknologi tanaman.

Lampiran

Tiada Lampiran.