PASARAN HARTANAH PERUMAHAN BARU DI NEGERI SELANGOR
12) PASARAN HARTANAH PERUMAHAN BARU DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah rumah baru yang telah siap dibina melebihi 1 tahun tetapi masih belum dapat dijual?
Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) hanya merekodkan maklumat perumahan harga kawalan (Rumah Selangorku) yang masih belum terjual di Negeri Selangor. Berdasarkan data sehingga 15 Oktober 2020, sebanyak 103 unit daripada 15,489 unit (0.6%) perumahan baru (Rumah Selangorku) masih lagi belum terjual walaupun telah siap dibina lebih daripada 1 tahun.
