Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

71) PASIR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar kerajaan pengimportan pasir dari luar negeri Selangor?

    Tiada dasar untuk pengimportan pasir dari luar Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, bagi pasir yang dibawa masuk ke Negeri Selangor, ianya akan dikenakan syarat-syarat dan bayaran mengikut Pekeliling PTGS Bilangan 1/2012 mengenai Pengurusan Permit Pemindahan Pasir Untuk Longgokan Pasir (Stockpile) Transit Di Negeri Selangor dan ditambahbaik kepada Pekeliling PTGS Bilangan 2/2014.

Lampiran

Tiada Lampiran.