Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

72) PASIR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah kecurian pasir yang agak ketara pada waktu ini?

    1. Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kecurian pasir adalah seperti berikut:

     

    1. Mengadakan operasi statik di lokasi yang disyaki berlakunya kecurian pasir;

     

    1. Mengeluarkan notis atas Borang 7A (pelanggaran syarat tanah) ke atas mana- mana tanah yang didapati mengeluarkan pasir tanpa permit yang sah di mana notis ini memerlukan tuan tanah untuk meremedi tanah kepada keadaan asal. Sekiranya tuan tanah tidak mematuhi arahan meremedi tanah  tersebut,  Pentadbir Tanah hendaklah mengeluarkan Borang 7B dan sekiranya aktiviti pengeluaran pasir secara tidak sah masih dijalankan setelah siasatan dilaksanakan, Pentadbir Tanah hendaklah menyiarkan di dalam Warta Notis mengenai penyitaan atas Borang 8A;

     

    • Menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pemantauan dan Penyelarasan Permit Bahan Batuan bagi mempercepatkan penyelesaian masalah-masalah berkaitan dengan pasir dan mempertingkatkan kemampuan Unit Penguatkuasaan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan  Negeri Selangor dan dianggotai oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pentadbir Tanah, Jabatan-Jabatan Teknikal dan KSSB;

     

    1. Mengadakan rondaan / pemantauan secara berkala di kawasan yang disyaki berlakunya aktiviti pengeluaran pasir secara tidak sah; dan

     

    1. Menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pemantauan Permit Pasir yang berfungsi memantau dari aspek teknikal terhadap keakuran pemegang permit / kontraktor dalam menjalankan aktiviti perlombongan pasir mengikut syarat-syarat dan kehendak Jabatan Teknikal yang berkenaan dan Pentadbir

Lampiran

Tiada Lampiran.