Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

47) PASIR PROJEK HORAS

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci kaedah pengurusan pasir dari projek HORAS?

    Kumpulan Semesta Sdn Bhd telah dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan kerja-kerja pengorekan bagi projek HORAS bermula tahun 2014. Kerajaan Negeri tidak membayar KSSB bagi kerja-kerja pengorekan yang dibuat sebaliknya nilai kerja tersebut di  kontra  dengan jumlah pasir yang akan dijual oleh KSSB  turut  diberi  permit untuk memproses dan menjual pasir yang diperoleh daripada kerja- kerja pengorekan.

Lampiran

Tiada Lampiran.