Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

187) PASUKAN BOLA SEPAK SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi memantapkan prestasi bola sepak negeri bagi kembali menjadi pusat kecemerlangan kebangsaan sekali gus memantapkan lagi pencapaian pasukan Malaysia?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa menjalinkan kerjasama yang erat dengan Persatuan Bola sepak Selangor yang merupakan badan induk sukan bola sepak di negeri ini dalam memajukan sukan bola sepak. Sejak sekian lama pelbagai program pembangunan telah diujudkan  antaranya Akademi Bola sepak Selangor, Pusat Kecemerlangan Daerah, Pusat Sukan Prestasi Tinggi (USTPN) Majlis Sukan Negara dan Sekolah Pusat Sukan Negeri Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain dari program-program rasmi seperti dinyatakan, Kerajaan Negeri sentiasa membuka ruang dan galakkan kepada pihak swasta mengujudkan akademi-akademi  latihan seperti yang sedia ada antaranya Akademi Bola sepak PKNS, Akademi Bola sepak PNSB, ’Brazil Football Academy’, ’Arsenal Football Academy’ dsb., yang dijalankan pada hujung minggu bagi mengujudkan satu ’base’ dan peluang yang luas dalam sukan bola sepak ini.

     

    Bagi mencungkil bakat-bakat seterusnya Majlis Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Bola sepak Selangor dan daerah akan mengujudkan pelbagai peringkat umur di peringkat daerah dan mereka yang dikenal pasti berpotensi akan diserap ke pusat-pusat sedia ada untuk diberi bimbingan yang lebih sistematik dan saintifik bagi melahirkan pemain-pemain bola sepak yang baik untuk mewakili negeri dan negara di masa hadapan. Walau bagaimanapun semua perancangan ini memerlukan kewangan yang tinggi dan juga komitmen setiap individu yang terlibat.  Dengan perancangan ini juga diharapkan negeri Selangor akan menjadi pusat kecemerlangan bola sepak di Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.