Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

76) PASUKAN IN-HOUSE PBT

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pihak PBT ada menubuhkan pasukan In House untuk membantu pengurusan sampah. Apakah konsep dan fungsi pasukan In House ini?

    Di antara konsep dan fungsi pasukan In-House / pekerja dalaman ini adalah seperti berikut :

    1. Menjalankan kerja–kerja ‘back up’ pembersihan kawasan bagi kegagalan kerja kontraktor di lapangan (setelah tindakan penalti diambil);
    2. Menjalankan kerja–kerja pembersihan sampah haram;
    • Menjalankan kerja–kerja pembersihan sampah kebun / pukal / semak- samun dalam tempoh 24 jam dari aduan diterima;
    1. Menjalankan kerja–kerja pembersihan rumah dan lot kosong / terbengkalai;
    2. Membantu logistik dan pembersihan bagi program gotong–royong dan keraian;
    3. Menjalankan kerja-kerja kecemasan seperti bencana alam (ribut, pokok tumbang dan banjir); dan
    4. Menjalankan kerja-kerja pembersihan longkang bertutup yang sukar dilaksanakan oleh kontraktor dilantik terutamanya dikawasan-kawasan komersial.

Lampiran

Tiada Lampiran.