Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

34) PASUKAN KAWALAN KESELAMATAN KAMPUNG (PKK) JKKK

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah matlamat dan peranan penubuhan pasukan ini serta bajet kewangan yang diluluskan?

     a dan c)

     

    Kerajaan Negeri memandang serius terhadap keselamatan penduduk kampung di negeri Selangor. Sehubungan itu, pada tahun 2013 Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan pelaksanaan Program Pasukan Kejiranan Kampung (PKK) di Kampung Tradisi, Kampung Baru/Tersusun/Bagan dan Komuniti India dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM2,460,000.00. Pada tahun 2014, program ini telah diteruskan pelaksanaannya di 368 buah Kampung Tradisi yang melibatkan implikasi kos berjumlah RM1,840,000.00. Melalui program ini, setiap kampung telah diberikan peruntukan sebanyak RM5,000.00 bagi melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan kampung dengan lebih efektif dan cekap.

     

    Objektif utama penubuhan PKK di peringkat kampung ini adalah bagi membantu pihak Polis Diraja Malaysia untuk mengurangkan kadar jenayah di kawasan luar bandar di Selangor. Di samping itu, penubuhan ini akan meningkatkan hubungan kerjasama dan perpaduan di kalangan penduduk kampung sendiri. Namun begitu, adalah menjadi peranan ahli-ahli JKKK sendiri di dalam menjaga keselamatan kampung supaya kehidupan masyarakat kampung diperkukuhkan. Dengan wujudnya PKK di peringkat kampung tradisi, keselamatan dan kesejahteraan kampung telah dapat dipertingkatkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.