Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

290) PASUKAN KESELAMATAN KEJIRANAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan disalurkan untuk program Pasukan Keselamatan Kejiranan (PKK) pada tahun 2013 dan status pelaksanaan

    Program Pasukan Keselamatan Kejiranan (PKK) ditubuhkan sejak tahun 2013. Program ini diinisiatifkan oleh Kerajaan Negeri sebagai satu langkah bagi membantu membendung dan mengurangkan kejadian jenayah yang semakin berleluasa di kawasan luar bandar.

    Bagi melaksanakan Program PKK ini,  Kerajaan Negeri Selangor telah memberi peruntukan berjumlah RM5,000.00 kepada setiap Ketua Kampung Tradisi, Ketua Kampung Baru/ Bagan/ Tersusun, dan Ketua Komuniti Kaum Inidia di Negeri Selangor. Jumlah peruntukan disalurkan untuk program Pasukan Keselamatan Kejiranan (PKK) pada tahun 2013  adalah sebanyak RM2,455,000.00.Sehingga kini, Program PKK ini telah dijalankan di 313 buah kampung.

Lampiran

Tiada Lampiran.