Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

144) PASUKAN PERONDA UNTUK HUTAN BUKIT GASING

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status perlaksanaan cadangan pasukan peronda (forest ranger) untuk kawasan hutan Bukit Gasing?

    Pemantauan rutin dijalankan setiap hujung minggu (sekali dalam seminggu) di Hutan Pendidikan Bukit Gasing yang terdiri daripada kakitangan sediada Bahagian Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan Persekitaran, MBPJ. Pemantauan ini dijalankan bertujuan menyelia dan memantau Hutan Pendidikan Bukit Gasing daripada pencerobohan dan penerokaan haram demi untuk memastikan kepelbagaian flora dan fauna dikekalkan di samping memastikan kemudahan yang terdapat di kawasan berkenaan dalam keadaan baik.

Lampiran

Tiada Lampiran.