Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

280) PAYA INDAH WETLAND DENGKIL

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah tempat ini tersenarai dalam senarai tempat yang di promosikan oleh Tourism Selangor Sdn Bhd?

    Memandangkan Paya Indah Wetland adalah dibawah Jabatan Perhilitan terdapat beberapa aktivti promosi telah dijalankan oleh jabatan ini seperti :-

    1. Karnival Paya Indah Wetland anjuran Jabatan Perhilitan (Dijalankan sebanyak dua kali setahun)
    2. World Wildlife Day anjuran Jabatan Perhilitan (Dijalankan sebanyak dua kali setahun)
    3. Pertandingan Berbasikal Lasak anjuran Jabatan Perhilitan bersama Majlis Daerah Kuala Langat.

    Walau bagaimanapun, Tourism Selangor sentiasa membantu mempromosikan dan memperkenalkan produk-produk pelancongan yang terdapat di negeri Selangor termasuk Paya Indah Wetland Dengkil.  Pelbagai usaha telah dibuat bagi mempromosikan Paya Indah Wetland Dengkil.  Antara usaha tersebut adalah;

    1. Promosi dalam dan luar negara

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah menyertai program promosi dalam dan luar negara untuk tujuan memperkenalkan produkproduk pelancongan dan menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri Selangor.  Melalui siri-siri promosi tersebut pegawai-pegawai bertugas akan bercerita dan memperkenalkan produk-produk pelancongan termasuk Paya Indah Wetland.

    Antara program promosi luar negara yang disertai pada tahun 2014 adalah seperti berikut;

    Bil Program Promosi Tarikh
    1 Asian Tourism Forum Kuching 16 hingga 23 Januari 2014
    2 Sales Mission To India 17 hingga 20 Mac 2014
    3 Arabian Travel Mart, Dubai 5 hingga 9 Mei 2014
    1. TS Day Out

    Dalam usaha mempromosikan sesuatu produk plancongan, Tourism Selangor juga menjadikan sesuatu kawasan atau produk sebagai lokasi penganjuran acara sebagai contoh pada 30 Oktober 2013, Tourism Selangor telah menganjurkan acara “TS Day Out” dimana peserta adalah terdiri daripada wartawan dan juga “bloggers”.  Usaha ini telah mendapat maklum balas positif daripada wartawan dan “bloggers” melalui media sosial Tourism Selangor.

    1. Selangor Breakaway

    Tourism Selangor telah menerbitkan buku Selangor Breakaway sebagai panduan kepada pembaca mengenali destinasi-destinasi pelancongan negeri Selangor.  Buku panduan ini telah disusun mengikut daerah-daerah di negeri Selangor.

    Maklumat berkaitan Paya Indah Wetland juga telah dimasukkan di dalam buku Selangor Breakaway agar maklumat aktiviti dan fasiliti yang disediakan memudahkan para pengunjung.

    1. Promosi melalui website Tourism Selangor

    Maklumat berkaitan Paya Indah Wetland juga telah dipaparkan di dalam website Tourism Selangor dengan tujuan mempromosikan tempat tersebut kepada pengguna-pengguna Internet.  Medium promosi ini dilihat lebih berkesan kerana maklumat dapat disampaikan kepada pelancongpelancong dengan lebih cepat dan tepat.

Lampiran

Tiada Lampiran.