Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

119) PAYA INDAH WETLANDS

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Perancangan membentangkan satu kertas putih tentang status terkini merangkumi semua aspek berkaitan tanah dan rancangan pembangunan di Paya Indah Wetlands dan kawasan sekitar berdekatan termasuk yang dimiliki secara persendirian.

    KRONOLOGI PROSES PENGUBAHAN ZON GUNATANAH MERUJUK KEPADA PAYA INDAH WETLANDS DAN TANAH PERSENDIRIAN LOT 60854.

    • Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020 telah disediakan bersama pihak MDKL dan juga JPBD bermula pada 23.4.2007 selaras dengan keperluan Seksyen 12 Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172). Berdasarkan kepada Draf Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020 yang disediakan merujuk kepada lot 60854 adalah dizonkan sebagai gunatanah pertanian.
    • Setelah mendapat kelulusan untuk mengadakan program publisiti daripada Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bilangan 3/2009 bertarikh 16.6.2009. Pihak MDKL telah mengadakan program Publisiti Dan Penyertaan Awam bermula pada 3.11.2009 sehingga 31.1.2010 untuk mematuhi Seksyen 13 Akta 172.
    • Pada masa program ini dijalankan pihak MDKL telah menerima borang bantahan daripada Syarikat PPNS-Salak Park JV Sdn. Bhd. pemilik lot 68054 untuk menukar zon gunatanah daripada pertanian kepada perumahan dan perniagaan. Pihak MDKL telah merekodkan borang bantahan dengan Borang Nombor 27
    • Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Dan Pendengaran Awam merujuk kepada Seksyen 14 Akta 172 yang dipengerusikan oleh Y.B Tuan Iskandar Bin Abdul Samad telah diadakan pada 6.12.2010 dan 13.12.2010 di Bilik Mesyuarat Cempaka Kuning MDKL. Mesyuarat tersebut telah bersetuju dengan cadangan oleh Syarikat PPNS-Salak Park JV Sdn. Bhd (Borang 27) untuk mengubah zon gunatanah daripada pertanian kepada perumahan. Keputusan ini diambil kerana telah terdapat kelulusan tukar syarat tanah di atas tapak tersebut daripada pertanian kepada pembangunan bercampur merujuk kepada surat daripada Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat seperti surat berujukan: Bil (34) dlm. PTK.LGT.1/13/995 bertarikh 29.10.2004.
    • Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Dan Pendengaran Awam tersebut telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor bil.1/2011bertarikh 8.2.2011 untuk mendapatkan persetujuan daripada Pihak Berkuasa Negeri berhubung keputusan yang telah diambil selaras dengan keperluan Subseksyen 15(1) Akta 172.
    • Dalam mesyuarat tersebut permohonan daripada Syarikat PPNS-Salak Park JV Sdn. Bhd (Borang 27) untuk menukar zon pertanian kepada perumahan telah ditolak dan perlu dikekalkan sebagai zon pertanian kerana pihak syarikat didapati  masih tidak menjelaskan bayaran premium seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat seperti surat berujukan: Bil (34) dlm. PTK.LGT.1/13/995 bertarikh 29.10.2004.
    • Mesyuarat Pindaan Laporan Dan Pelan Gunatanah telah diadakan sebanyak 5 kali untuk menyediakan laporan dan pelan zon gunatanah akhir sebelum diangkat ke Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) selaras dengan Subsekyen 15 (1C) Akta 172 dan laporan serta pelan zon gunatanah tersebut telah mendapat persetujuan dalam MMKN bertarikh 12.4.2011.
    • Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020 telah diwartakan pada 26.5.2011 dengan No. Warta 1520.Merujuk kepada pelan gunatanah bagi lot 60854 adalah dizonkan sebagai gunatanah pertanian.
    • Setelah Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020 diwartakan pihak MDKL juga telah membuat pengubahan Rancangan Tempatan sebanyak 2 kali seperti berikut:

    Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 1) 2020

    • Melibatkan pindaan sebahagian zoning gunatanah bagi blok perancangan kecil BPK: 2.10 Sijangkang dan Kampung Medan.
    • Telah diluluskan oleh MMKN Selangor Darul Ehsan kali ke 7/2013 pada 20.2.2013
    • Telah diwartakan pada 23.5.2013 dengan No. Warta 1914
    • Rancangan Tempatan Kuala Langat Langat (Pengubahan 2) 2020
    • Melibatkan pindaan sebahagian zoning gunatanah bagi blok perancangan kecil BPK: 1.10 Kg. Sg Lang Baru, Sebahagian Kg. Sg. Lang Tengah dan Sg. Kelambu serta Ladang .Brooklands dan BPK: 1.13 Kawasan Pinggiran KLIA, RTB Bukit Changgang dan Bandar Seri Ehsan.
    • Telah diluluskan oleh MMKN Selangor Darul Ehsan kali ke 1/2014 pada 8.1.2014
    • Telah diwartakan pada 5.6.2014 dengan No. Warta 2253
    • Pada 5.10.2012 pihak MDKL telah menerima permohonan daripada Syarikat Salak Land Development Sdn. Bhd. untuk menukar zon gunatanah daripada zon pertanian kepada zon pembangunan. Pihak MDKL telah memasukkan permohonan tersebut dalam senarai permohonan bagi cadangan pengubahan Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020 yang akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor untuk mendapatkan kelulusan.
    • Pada masa yang sama juga pihak Syarikat Syarikat Salak Land Development Sdn. Bhd. juga telah mengemukakan permohonan tukar syarat semula kepada Pejabat Daerah/ Tanah Kuala Langat dan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 8/2014 bertarikh 26.2.2014 telah menolak permohonan daripada Salak Land Development Sdn. Bhd. untuk mengubah jenis kegunaan serta meminda syarat nyata tanah di bawah Seksyen 124(1)(a) dan(c) Kanun Tanah Negara seluas 619 hektar (1,529.58 ekar) ke atas hakmilik PN 98056 Lot 68054 Mukim Tanjung Duabelas Daerah Kuala Langat daripada pertanian kepada bangunan kediaman selaras dengan ulasan MDKL dan JPBD kerana berdasarkan Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020 tapak tersebut terletak dalam Blok Perancangan Kecil (BPK) 1.15 : Paya Indah Wetland Dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara di mana zon gunatanah adalah untuk kegunaan pertanian . Kelas kegunaan tanah yang dibenarkan adalah untuk pertanian komoditi utama, pertanian komersil, Homestead, bangunan untuk asas tani dan inap desa. Walau bagaimanapun, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) diminta untuk “mengkaji semula” Pengubahan Guna Tanah Rancangan Tempatan tersebut untuk tempoh 20 tahun akan datang;
    • Pihak MDKL telah menerima sebanyak 148 permohonan yang melibatkan 210 lot bagi menukar zon guna tanah termasuk permohonan daripada Syarikat Salak Land Development Sdn. Bhd. Bagi lot 68054. Kertas cadangan bagi pengubahan Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020 yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Daerah Kuala Langat Bil. 2/2014 bertarikh 25.3. 2014.
    • Bagi cadangan penukaran zon gunatanah daripada pertanian kepada pembangunan oleh Syarikat Salak Land Development Sdn. Bhd. Pihak MDKL berpendapat cadangan tersebut boleh dipertimbangkan untuk ditukar kepada zon perumahan di atas sebab berikut:

    Kelulusan Tukar Syarat Tanah

    Telah mendapat kelulusan tukar syarat tanah daripada pertanian kepada pembangunan bercampur daripada Pihak Berkuasa Negeri pada 3.7.1996 dan kelulusan terbatal kerana premium tambahan tidak dijelaskan.   Kelulusan semula untuk tukar syarat tanah pada 30.10.2004 dan kelulusan ini juga terbatal kerana bayaran premium secara ansuran tidak diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan.

    Permohonan tukar zon gunatanah

    Permohonan telah dipertimbangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Dan Pendengaran Awam semasa penyediaan Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020 untuk ditukar kepada zon perumahan dan telah ditolak dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor disebabkan tidak menjelaskan bayaran premium.

    • Ulasan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar DanTaman Negara (PERHILITAN)

    Pihak MDKL telah mendapatkan surat ulasan berujukan JPHL&TN(IP):90-4/20 Jld.6 (77) bertarikh 17.5.2013 daripada Jabatan Perhilitan berhubung cadangan pembangunan perumahan di sekitar Paya Indah Wetland. Pembangunan  yang hendaklah dijalankan perlu mengambilkira perkara berikut:

    1. Mewujudkan zon penampan sekurang-kurangnya 100 meter dari sempadan Paya Indah Wetland
    2. Menyediakan sistem kumbahan yang sistematik
    3. Menyediakan system perparitan yang baik dan tidak disalirkan ke dalam kawasan Paya Indah Wetland
    4. Pengurusan sisa pepejal diuruskan dengan baik
    5. Memasang pagar sempadan di luar zon penampan untuk mengelakkan pencerobohan.

    Kebakaran Terbuka

    Merujuk kepada Laporan Bantuan Bencana Kebakaran Terbuka Daerah Kuala Langat Tahun 2013 telah berlakunya 5 kali kebakaran di kawasan berhampiran tapak tersebut iaitu pada tarikh dan lokasi seperti berikut:

    • 12 hingga 20 .2.2013 iaitu di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (Pulau Kempas)
    • 15 hingga 19 .6.2013 iaitu di Hutan Simpan Kuala Langat Utara di KM 20.4.
    • 12 hingga 24 .8.2013 iaitu di Pulau Kempas
    • 8.2013 hingga 3.9.2013iaitu di Hutan Simpan Kuala Langat Utara
    • 10.2013 iaitu di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (Pulau Kempas)

    Jumlah kos yang telah dikeluarkan untuk mengendalikan dan pemadaman kebakaran adalah sebanyak RM 183,350.00

    Pada tahun 2014 telah berlakunya 2 kali kebakaran di kawasan tapak tersebut melibatkan keluasan 140 ekar. Sehubungan dengan itu pemantauan perlu selalu dilakukan di kawasan ini.

    Potensi pembangunan di Sekitar Paya Indah Wetland

    Terdapat pembangunan sediaada di sekitar Paya Indah Wetland iaitu Taman Arked, Lebuhraya ELITE , Putrajaya dan Cyberjaya.

    • Permohonan Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020 telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil.2/2014 bertarikh 5 Mei 2014 dan mesyuarat telah bersetuju dengan cadangan pengubahan sebahagian RTKL 2020 mengikut peruntukan subseksyen 16(1), Akta 172 dan seterusnya Majlis Daerah Kuala Langat perlu mematuhi keperluan Subseksyen 12, 12(8) dan (9) serta Seksyen 13, 14 dan 15 berhubung dengan pengubahan tersebut.
    • Selaras dengan peruntukkan Subseksyen 12A, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), Program Publisiti Awal Draf Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020 telah diadakan pada 15.5.2014 hingga 21.5.2014 dan pihak MDKL tiada menerima sebarang bantahan berhubung zon gunatanah perumahan yang dicadangkan tapak tersebut.
    • Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor bersidang pada 10.11.2014,telah memperakukan dan menerima keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran Awam DRTKL (Pengubahan 3) 2020 dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal DRTKL (Pengubahan 3) 2020 dan bersetuju untuk Jawatankuasa mengemukakan DRTKL (Pengubahan 3) 2020 kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk persetujuan pewartaan.
    • Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 2/2014 bertarikh 1.2015 telah bersetuju dengan Cadangan Draf Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020 – Pindaan Sebahagian Zoning Gunatanah Dalam Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020 melalui kertas ringkasan MMK. No. 36/2/2015 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 3/2014 bertarikh 24.1.2015.
    • Permohonan tukar syarat tanah daripada pertanian kepada bangunan kediaman telah diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 7/2015 bertarikh 1.2015 dengan syarat-syarat yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Sensitif Alam sekitar.
    • Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020 telah diwartakan pada4.2015 dengan No. Warta 1462.Merujuk kepada pelan gunatanah bagi lot 60854 adalah dizonkan sebagai gunatanah perumahan.

Lampiran

Tiada Lampiran.