Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

114) PBT (CUKAI TAKSIRAN)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan dan cadangan Kerajaan Negeri Selangor buat kepada pemilik-pemilik bangunan yang telah pun membayar cukai taksiran sedangkan 70% diskaun Kerajaan Negeri Selangor akan diberi untuk pemilik bangunan yang cukai taksirannya tertunggak?

    Sehingga kini tiada insentif diberikan kepada pemilik-pemilik bangunan yang telah membayar cukai taksiran mengikut tempoh ditetapkan kerana ia merupakan tanggungjawab individu pemilik harta tersebut. Diskaun 70% ini hanya terhadap caj denda lewat dan bukannya ke atas tunggakan cukai taksiran. Tujuan pemberian diskaun caj denda lewat ini adalah untuk menggalakkan orang ramai menjelaskan tunggakan cukai masing-masing dengan segera dan seterusnya dapat mengurangkan jumlah penghutang cukai taksiran di PBT yang kini berjumlah RM110 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.