Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

241) PBT / PEJABAT DAERAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kebanyakan projek-projek yang dijalankan oleh PBT dan Pejabat Daerah tiada pemantauan dan penyeliaan dengan harga yang amat berpatutan. Siapakah yang bertanggung jawab dalam perkara ini?

    1. Bagi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), pelantikan dan pemilihan pembekal tender dan sebut harga adalah terletak di bawah Jawatankuasa Tender dan Sebut harga berdasarkan penilaian serat analisa oleh Jawatankuasa Penilai. Pemantauan secara berkala akan dilakukan oleh kakitangan yang ditugaskan bagi memastikan kerja-kerja mengikut arahan dan ia termasuklah menyediakan laporan harian dan laporan kemajuan projek yang ditetapkan. Manakala bagai Majlis Perbandaran Sepang  (MPSp),  penyediaan harga berdasarkan kepada harga semasa yang diambil dari pembekal.  Selain daripada itu, ia juga berdasarkan kepada jadual kadar harga JKR 2009. MPSp  juga menubuhkan Jawatankuasa Penilaian Harga bagi menyemak laporan analisa sebelum di bawa kepada Jawatankuasa Sebut harga dan Jawatankuasa Tender. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) juga melakukan perkara sama yang dilakukan oleh MPSJ dan MPSp dalam urusan pelantikan pembekal dan pemantauan terhadap  kerja-kerja yang

Lampiran

Tiada Lampiran.