Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

143) PBT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melantik ADUN kawasan menjadi penasihat kepada Majlis Daerah di kawasan adun masing-masing?

    Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk melantik ADUN kawasan menjadi penasihat kepada PBT di kawasan DUN masing-masing. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah meminta semua PBT untuk mengadakan mengadakan sesi engagement atau mesyuarat bersama ADUN dan Ahli Parlimen termasuk dari pihak pembangkang sebanyak 4 kali setahun. Keputusan ini dibuat agar komunikasi dua hala antara PBT dan wakil rakyat dilaksanakan bagi memberi ruang yang lebih terbuka dalam melontarkan pendapat dan idea. Oleh yang demikian, melalui platform tersebut, setiap ADUN boleh memainkan peranan dalam memberi teguran atau nasihat kepada PBT berkenaan bagi memastikan pembangunan kawasan DUN masing-masing terkawal dan sejahtera.

Lampiran

Tiada Lampiran.