Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

84) PEDULI SISWA

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor dapat membantu pelajar-pelajar Timur Tengah yang mendapat tawaran belajar di sana seperti Peduli Siswa untuk pelajar tempatan?

    Bermula tahun 2017, Kerajaan Negeri telah memberikan pembiayaan  pendidikan dalam bentuk biasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar di Mesir, Jordan dan Maghribi di bawah Peduli Siswa Timur Tengah. Seramai 1,003 pelajar telah menerima manfaat di bawah program ini bagi tahun 2017 yang melibatkan perbelanjaan berjumlah RM3.45 juta. Program ini diteruskan pada tahun 2018 dengan jumlah peruntukan yang sama.

Lampiran

Tiada Lampiran.