Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

145) PEGAWAI KEMAS

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Penglibatan Pegawai Kemas Daerah dalam kebanyakan aktiviti yang dianjurkan oleh guru-guru Tadika Kemas dan telah dihadiri oleh ADUN tidak dihadiri oleh mereka. Mengapa hal ini boleh berlaku?

    Terlebih dahulu bagi pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memohon kemaafan atas perkara yang berlaku dan merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat sudi hadir ke program yang dilaksanakan oleh TABIKA KEMAS khususnya di DUN Batang Kali.

     

             Sebagai makluman Yang Berhormat Aktiviti Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-kanak(TASKA) di Parlimen Hulu Selangor/Daerah Hulu Selangor pecahan seperti berikut:

     

    BIL DUN BIL TABIKA BIL TASKA
    1. N05 Hulu Bernam 13 2
    2. N06 Kuala Kubu Baharu 13 1
    3. N07 Batang kali 49 1
    JUMLAH 75 4

     

    Untuk makluman Yang Berhormat surat jemputan adalah terus dari Pengerusi Tabika dan Jawatankuasa Tabika kepada Yang Berhormat tidak melalui pejabat KEMAS Daerah Hulu Selangor,namun begitu didapati  pada tarikh dan masa yang sama semua  Pegawai diwajibkan hadir program jabatan yang telah dirancang awal seperti Lampiran .

     

    Pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)sangat menggalakkan dan mengalu-alukan kehadiran yang Berhormat  ke program Tabika /jabatan sekaligus  berpeluang merapatkan hubungan pimpinan kerajaan bersama masyarakat setempat .

     

    Sekali lagi bagi pihak jabatan mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas keprihatinan hadir ke  program Tabika KEMAS di daerah Hulu Selangor terutama di DUN Batang Kali

     

    LAMPIRAN

     

    AKTIVITI TABIKA KEMAS N07 BATANGKALI YANG DIHADIRI YANG BERHORMAT ADUN

    BIL

     

    NAMA PROGRAM TARIKH

     

    TEMPAT

     

    KEHADIRAN VIP

     

    KEHADIRAN PEGAWAI KEMAS/WAKIL CATATAN

     

    1. Majlis Gotong-royong & Bacaan Yassin 21/4/2019

     

    TABIKA KEMAS Kg Sg Buaya 2 YB Tuan Harumaini bin Hj Omar

    ADUN Batang  Kali

     

    -TIADA-

     

    Semua Pegawai KEMAS menghadiri Kursus Pemantapan Organisasi & Jatidiri KEMAS pengurusan Negeri dan daerah (semenanjung) di Kem Permata Resort Alor Gajah Melaka.
    2. Jamuan Hari Raya Tabika 21/6/2019

     

    TABIKA KEMAS Pintar Taman Seroja YB Tuan Harumaini bin Hj Omar

    ADUN Batang  Kali

    -TIADA-

     

    Semua pegawai KEMAS ke Program Demontrasi Masyarakat bersama pengurusan tertinggi KEMAS(KPLB) di kampong Bukit Changgang Sepang dirasmikan oleh Y.B Datuk Seri Rina Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar
    3. Sambutan Hari Kemerdekaan            (dilaksanakan Serentak) 31/8/2019

     

    TABIKA KEMAS

    Surau Ar Raudhah Taman Widuri

    YB Tuan Harumaini bin Hj Omar

    ADUN Batang  Kali

    -TIADA

     

    Pegawai KEMAS Daerah tidak mendapat makluman berhubung kehadiran YB Tn Harumaini ke program Kemerdekaan di Surau Ar Raudhah.
    4. Hari Sukan Negara 20/10/2019

     

    TABIKA KEMAS Seri Ros

    Tapak Futsal Perodua

    YB Tuan Harumaini bin Hj Omar

    ADUN Batang  Kali

    Pn.Suzawati binti Misiran

    Penyelia Pendidikan Awal Kanak-kanak

     

    Pegawai KEMAS Daerah telah mewakilkan Penyelia Pendidikan Awal kanak-kanak iaitu Puan Suzawati bt Misiran untuk hadir ke program memandangkan beliau mempunyai urusan keluarga iaitu urusan perubatan suami yang sakit.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.