PEGAWAI KOMUNITI MASYARAKAT INDIA

129) PEGAWAI KOMUNITI MASYARAKAT INDIA

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan peranan utama Pegawai komuniti Masyarakat India dan kriteria perlantikan yang dikenakan?

    Ketua Komuniti Kaum India (KKI) merupakan jentera pentadbiran di peringkat akar umbi untuk membantu Kerajaan Negeri Selangor dalam menyalurkan maklumat bagi sesebuah lokaliti yang mempunyai kepadatan populasi masyarakat India. Ketua Komuniti Kaum India perlu menghadiri mesyuarat JKKK Kampung Tradisi dan menjalankan tugas – tugasnya dengan berkhidmat untuk penduduk setempat masyarakat India. Ketua Komuniti Kaum India juga berperanan sebagai orang tengah di antara Kerajaan Negeri Selangor dengan rakyat tempatan yang berbangsa India dalam menyampaikan segala bentuk program Kerajaan Negeri. Peranan Ketua Komuniti India adalah sama seperti Ketua Kampung Tradisi dan Ketua Kampung Baru Cina iaitu membantu rakyat dalam mendapatkan saluran bantuan yang betul dalam memastikan kebajikan seluruh rakyat di Negeri Selangor dijaga. Ia juga memastikan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor sampai kepada masyarakat kaum India. Seorang Ketua Komuniti India akan berkhidmat dalam membantu pembangunan kaum India melalui EXCO yang dipertanggungjawabkan serta membuat laporan tugasan mereka kepada EXCO

     

    Syarat-syarat dan kriteria utama bagi pelantikan seseorang Ketua komuniti India adalah :-

     

    • Warganegara Malaysia ;
    • Berumur di antara 30-65 tahun ;
    • Boleh membaca, bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia ;
    • Bermastautin dalam kawasan komuniti sekurang-kurangnya dua (2) tahun. Bagi komuniti yang baru baru dibina, syarat ini boleh dilonggarkan ;
    • Hendaklah bekerja sendiri di kawasan komuniti tersebut ataupun menjalankan pekerjaan lain tetapi memberi masa dan komitmen sebagai seorang Ketua Komuniti India ;
    • Bukan seorang yang muflis ;
    • Seseorang yang boleh memberi komitmen penuh di komuniti berkenaan serta memberi kerjasama kepada EXCO yang dipertanggungjawabkan ;
    • Bukan seorang kakitangan kerajaan ; dan
    • Berkelakuan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.