Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

205) PEGAWAI KONTRAK

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kami difahamkan bahawa ramai yang berkhidmat lebih lima tahun dalam agensiagensi kerajaan masih memegang jawatan sebagai pegawai (staff) kontrak. Apakah syarat-syarat bagi memastikan seorang pekerja itu diterima dalam jawatan tetap( permanent)?

    Bagi permohonan jawatan tetap, individu yang berkenaan haruslah mematuhi semua syarat-syarat kelayakan skim perkhidmatan yang dipohon. Syarat-syarat yang lain juga terkandung di dalam peruntukan Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005. Namun begitu, syarat-syarat ini adalah berbeza mengikut skim perkhidmatan dan gred jawatan yang dipohon.

    Bagi jawatan Pengurusan Dan Profesional, individu terbabit mestilah mengemukakan permohonan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia(SPA). Manakala bagi jawatan skim sokongan, permohonan hendaklah dibuat di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.