Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

166) PEGAWAI PERHUBUNGAN POLITIK DI PEJABAT MENTERI BESAR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rasional, fungsi dan skop tugas pelantikan jawatan ini?

     

    a), b) dan c)

     

    Idea melantik seorang pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar Selangor telah dilontarkan oleh gabungan Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) , Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dengan hasrat mewujudkan hubungan yang baik di antara gabungan parti-parti politik tersebut dengan pentadbiran kerajaan negeri. Ia juga berhasrat agar polisi kerajaan difahami dengan baik oleh parti-parti politik yang mendukung Pakatan Rakyat.

     

    Perkara ini sememangnya menjadi amalan sebelum ini ketika di dalam pemerintahan Barisan Nasional hingga ramai orang politik serta ahli keluarga ditempatkan di Pejabat Menteri Besar Selangor. Walau bagaimanapun, saya selaku Dato’ Menteri Besar Selangor merasakan amalan meletakkan pegawai atas dasar politik akan berkemungkinan wang rakyat digunakan untuk program- program berbentuk kepartian. Jika perkara ini berlaku, maka rakyat akan mempersoalkan integriti kerajaan.

     

    Justeru itu, saya mengambil keputusan untuk tidak melantik Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar Selangor tetapi melantik dua (2) orang Setiausaha Politik iaitu Setiausaha Politik Tugas-Tugas Khas dan Setiausaha Politik Kawasan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.