Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

108) PEGAWAI PUSAT KHIDMAT DUN PPK

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah bila bermula penggal baru pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat ini segala jenis perlindungan diri dan caruman seperti Insurans, caruman PERKESO juga manfaat perubatan di tarik balik sedangkan PPK ini seperti kakitangan yang lain juga terdedah pada bahaya, jangkitan dan kemalangan?

    Pegawai Pusat Khidmat DUN (PPK) atau Kerani Kawasan yang dilantik bagi penggal yang ke 12 adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 (Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara ‘Contract Of Service’ ) seperti yang telah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bil. 22/2008 bertarikh 6 Ogos 2008. Selaras dengan terma-terma kontrak ini pegawai adalah terikat dengan terma dan syarat yang

    Antara syarat-syarat di bawah kontrak ini adalah :

    1. Tatacara pelantikan yang mesti memenuhi syarat yang ditetapkan seperti memiliki sijil akademik berkelayakan bagi jawatan yang

    Pegawai adalah   penjawat    awam    yang    perlu   mematuhi   Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun

    • Penilaian prestasi perlu dibuat setiap 2 tahun

     

    Memandangkan skim tersebut yang tidak begitu fleksibel berdasarkan ‘nature of work’ seorang Pegawai Pusat Khidmat (PPK), maka skim berkaitan telah dikaji semula dan pada penggal ke 13, pelantikan Pegawai Pusat Khidmat (PPK) dibuat di bawah Contract for Service’ untuk memberikan lebih fleksibiliti kepada pegawai yang dilantik.

     

    Lantikan Pegawai Pusat Khidmat (PPK) untuk penggal ke 13 memperlihatkan kenaikan gaji Pegawai Pusat Khidmat (PPK) daripada RM1,164.63 kepada RM2,000.00 dengan dibuat penolakan KWSP bagi memelihara kebajikan Pegawai Pusat Khidmat (PPK) yang berkhidmat secara sementara di Pusat Khidmat DUN.

     

    Perlindungan insurans sememangnya tidak pernah diberi kemudahan di bawah mana-mana skim perkhidmatan awam. Caruman PERKESO pula hanya dipersetujui untuk diperluaskan kepada kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri serta pihak Berkuasa Tempatan yang dilantik di bawah ‘Contract Of Service’.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.